Sudah Setahun - Remy & Tunang Masih Belum Sedia Kahwin
daftar poker online
Walaupun sudah setahun mengikat tali pertunangan, pelakon Remy Ishak, 36, memberitahu beliau dan tunangnya, Ezza Yusof masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Remy berkata, pada tahap kini mereka masih dalam proses mengenali dan mempelajari perihal diri masing-masing selain faktor janji kerja membantutkan perancangan berkahwin.
"Jujurnya kami berdua belum bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan mengambil tempoh bertunang ini untuk betul-betul memahami pasangan.
"Perancangan asal pun bertunang selama dua tahun jadi masih ada masa... kini pun kami berdua sangat sibuk dengan pelbagai janji kerja," katanya yang mengikat tali pertunangan dengan Ezza pada 1 Mei tahun lalu.
Klik untuk gambar besar
Tidak menolak hubungannya dengan Ezza pernah dilanda badai, Remy bagaimanapun menganggap ia sebagai ujian dalam mematangkan mereka sebagai satu unit.
Jelasnya, dalam tempoh pertunangan inilah mereka sanggup menguji diri sendiri sama ada cukup bersedia atau tidak untuk melangkah ke alam perkahwinan.
"Macam mana hendak berkahwin jikalau problem dan dugaan yang tiba kini pun tak boleh diselesaikan?
"Tempoh bertunang inilah kita berguru dan persiapkan diri dan kami berdua tahu masih belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

Comments
Post a Comment